Khamis, 19 November 2009

Pengantin Isma's Anggun







Halooo...

Sebelum ni AS x dapat nak sertakan gambar pengantin2 kami kerana kamera digital yang merakam semua gambar pengantin kami sebelum ni dah hilang....sedihhh sangat..tapi x pe la..mungkin rezeki nak dapat kamera yang lebih mahal kut lepas ni...hihiii,redha je la...jadi ini beberapa keping gambar pengantin kami yang ada kami simpan di pen drive...pengantin ni mengambil make-up malam berinai dan bersanding...pelamin tuan rumah buat sendiri...kami hanya menyediakan pakaian bersanding,aksesori dan mke-up sahaja....pakej studio,jika berminat hubungi As atau Atie k!!

Bersama Artis!!!





Hiii guys...

Kat sini As nak tunjukkan kenangan Atie bersama beberapa artis sewaktu kami mengendalikan kerja2 make-up di lokasi penggambaran mereka...kulit diorang ni semua pun cantik2,x susah pun nak make-up..antara artis yang atie make-up ialah Faradhiya,zizie,azza,emma,budak AF dan ada beberapa lagi...jom tengok

Isnin, 16 November 2009

Beberapa Koleksi..









Beberapa koleksi dari Isma's Anggun...jom cuci mata..

HAppY News!!!!

Halooooo...

Berita baik buat semua pasangan-pasangan yang ingin mendapatkan majlis perkahwinan yang sempurna dengan bajet yang rendah di samping kualiti yang baik...jom tengok!

Kami dari Butik Isma's Anggun menawarkan banyak Hadiah Istimewa buat pelanggan kami jika mereka mengambil Pakej Deluxe,Eksekutif atau Eksklusif.
Antara Hadiah-hadiahnya ialah :

a)Hiasan Bilik Pengantin - Percuma
b)Tandu Berhias (untuk berarak-tradisi org melayu melaka)- Percuma
c)Lukisan Inai Di Tangan - Percuma
d)Dan Banyak Lagi Hadiah-hadiah Istimewa Lain Yang Akan Memeriahkan Lagi Majlis Berbahagia Anda...

Kami juga menyediakan Baju Baru bagi setiap pelanggan yang ingin mengikut citarasa mereka sendiri dalam menentukan konsep rekaan baju dan warna yang mereka ingini pada harga yang Berpatutan dan tiada caj tambahan. So,pilih dan design la baju anda sendiri..pasti puas hati!!

Cepat rebut peluang ini dengan melihat "Our Wedding Package" dan hubungi kami di talian yang tertera...keterangan lebih lanjut,hubungi As (017-3625594).
Have A Wonderful Wedding !!

Tips Rancang Majlis Anda Dengan Berhemah

Anda pastinya tidak mahu melihat majlis yang sangat istimewa bagi anda kurang sempurna kerana ketidaktelitian anda dalam merancang majlis berbahagia itu. Bagi mengelakkan terlebih berbelanja,kali ini kami menyediakan beberapa info yang boleh anda ambil kira ketika merancang perbelanjaan perkahwinan anda.

A) SEMAK BAJET

Biasanya belanja kahwin adalah antara kos yang agak tinggi.Pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan,semaklah selalu bajet anda supaya tidak melebihi kemampuan anda. Pastikan semua keperluan utama telah dibeli terdahulu,sekiranya ada duit lebih barulah pertimbangkan untuk menambah lain-lain keperluan.

B) BERKONGSI SIMPANAN

Demi kebaikan bersama,anda boleh berkongsi simpanan untuk melansungkan majlis perkahwinan. Untuk itu anda boleh membuka akaun bersama,anda perlulah berdisiplin dalam usaha menyimpan wang anda. Anda tidak boleh mengharapkan pasangan anda sahaja menyimpan wang untuk menjayakan majlis anda itu.

C) IKUT KEUTAMAAN

Jika bajet anda agak terhad,sila utamakan persiapan yang penting dahulu. Sebagai contoh, yang mana lebih penting di antara mengupah jurugambar untuk majlis perkahwinan anda atau mengupah Dj untuk menghiburkan tetamu? Jika dipertimbangkan, tentulah jurugambar lebih diperlukan untuk merakam saat-saat indah anda bergelar raja sehari.Jika ada bajet lebih baru lah pertimbangkan untuk mengupah Dj serta set P.A. Sistem yang lengkap.

D) SURVEY SEBUT HARGA

Contoh perkhidmatan yang mungkin anda perlukan ialah baju pengantin,hiasan pelamin,katering,khemah,jurugambar dan kad jemputan. Buat sedikit kajian tentang sebutharga perkhidmatan yang bakal anda gunakan. Cari beberapa sebutharga untuk setiap jenis perkhidmatan dan bandingkan harga serta pakej yang ditawarkan. Pilih pihak yang menepati bajet disamping mampu memberikan hasil yang memenuhi selera anda. Kalau anda ada kenalan yang menyediakan perkhidmatan itu,tentulah ia lebih bagus...

* Sudi-sudilah survey pakej butik kami,Insyaallah..berbaloi-baloi!!!

Khamis, 12 November 2009

Perkahwinan Ala Arab...



Ermmm,zaman sekarang ni ada banyak pilihan untuk konsep perkahwinan, ada yang memilih konsep taman,tradisional,kampung,kontemporari dan banyak lagi..
Tapi isma's anggun akan menampilkan kelainan dgn menambah konsep perkahwinan ala arab di samping mengekalkan konsep2 perkahwinan yang sedia ada...
Di sini as belum dapat sertakan pengantin kami yg mengambil konsep arab ini, majlis dia akan berlansung pada Januari 2010 nanti..tak sabar nak rasmikan konsep ala arab ni..untuk konsep ini,kami tak mengenakan caj yg tinggi pun...kita bergantung pada bajet pengantin..itu yg kami pentingkan...so di sini as boleh tunjukkan contoh salah satu artis malaysia kita yg mengenakan konsep arab ini semasa majlis pernikahan beliau..sangat cantik dan menawan...betul2 mcm orang arab gitu..

Jom Cantik !


Halooo...

Untuk makluman u all,Isma's Anggun juga mengadakan Bengkel Kecantikan bagi semua golongan wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik dan menarik. Bengkel ni murah je sebab kita betul2 ingin membantu wanita2 di luar sana untuk sentiasa berpenampilan menarik,maklum la kita sekarang adalah generasi wanita abad ke-21...
banyak aktiviti dan hadiah yang menarik..so apa lagi..jom sertai kami!!!

OuR WeddiNg PaCkaGe !!!


Hi guys...
Jumpa lagi...kat sini as nak sertakan Pekej Andaman dari Butik kami..
So enjoy it,ok!

Rabu, 11 November 2009

Salam Pengenalan

Salam pengenalan buat semua pembaca...saya as,first time buat blog ni..
baru belajar, kalau ada salah,inform la eh...thanks!!

Di sini as ingin berkongsi serba sedikit tentang Butik Isma's Anggun.

Butik Isma's Anggun menyediakan perkhidmatan andaman untuk majlis perkahwinan, kami juga merupakan sebuah 'one stop center' bagi menguruskan segala-gala tentang majlis perkahwinan.Kami menjamin harga yang terendah disamping mengekalkan kualiti perkhidmatan kami.Kami juga turut mengadakan Bengkel Kecantikan khusus buat wanita yang bekerjaya,suri rumah,pelajar universiti dan semua wanita yang ingin sentiasa kelihatan menarik serta menjaga imej dan penampilan diri.Disamping itu as juga akan memberi serba sedikit garis panduan apa yang perlu dibuat sebelum melangsungkan majlis perkahwinan.As harap blog ini serba sedikit dapat membantu pasangan-pasangan yang ingin membina mahligai di luar sana...so,enjoy this blog...
jumpa lagi di lain entry...daaaa..