Isnin, 16 November 2009

Tips Rancang Majlis Anda Dengan Berhemah

Anda pastinya tidak mahu melihat majlis yang sangat istimewa bagi anda kurang sempurna kerana ketidaktelitian anda dalam merancang majlis berbahagia itu. Bagi mengelakkan terlebih berbelanja,kali ini kami menyediakan beberapa info yang boleh anda ambil kira ketika merancang perbelanjaan perkahwinan anda.

A) SEMAK BAJET

Biasanya belanja kahwin adalah antara kos yang agak tinggi.Pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan,semaklah selalu bajet anda supaya tidak melebihi kemampuan anda. Pastikan semua keperluan utama telah dibeli terdahulu,sekiranya ada duit lebih barulah pertimbangkan untuk menambah lain-lain keperluan.

B) BERKONGSI SIMPANAN

Demi kebaikan bersama,anda boleh berkongsi simpanan untuk melansungkan majlis perkahwinan. Untuk itu anda boleh membuka akaun bersama,anda perlulah berdisiplin dalam usaha menyimpan wang anda. Anda tidak boleh mengharapkan pasangan anda sahaja menyimpan wang untuk menjayakan majlis anda itu.

C) IKUT KEUTAMAAN

Jika bajet anda agak terhad,sila utamakan persiapan yang penting dahulu. Sebagai contoh, yang mana lebih penting di antara mengupah jurugambar untuk majlis perkahwinan anda atau mengupah Dj untuk menghiburkan tetamu? Jika dipertimbangkan, tentulah jurugambar lebih diperlukan untuk merakam saat-saat indah anda bergelar raja sehari.Jika ada bajet lebih baru lah pertimbangkan untuk mengupah Dj serta set P.A. Sistem yang lengkap.

D) SURVEY SEBUT HARGA

Contoh perkhidmatan yang mungkin anda perlukan ialah baju pengantin,hiasan pelamin,katering,khemah,jurugambar dan kad jemputan. Buat sedikit kajian tentang sebutharga perkhidmatan yang bakal anda gunakan. Cari beberapa sebutharga untuk setiap jenis perkhidmatan dan bandingkan harga serta pakej yang ditawarkan. Pilih pihak yang menepati bajet disamping mampu memberikan hasil yang memenuhi selera anda. Kalau anda ada kenalan yang menyediakan perkhidmatan itu,tentulah ia lebih bagus...

* Sudi-sudilah survey pakej butik kami,Insyaallah..berbaloi-baloi!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan